Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.
Setiap
pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai
sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penjelasan
yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika
ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian
seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih
baik.
Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia,
yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu
mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan
mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk
mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat.
Inilah yang dipanggil kaedah saintifik.
Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh
dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan
manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati
bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari
ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahunlagi.


0 komentar:
Posting Komentar